You can edit almost every page by Creating an account. Otherwise, see the FAQ.

Balai Polis Lama Teluk Intan

From EverybodyWiki Bios & Wiki

Script error: No such module "Draft topics". Script error: No such module "AfC topic".

Balai Polis Lama Teluk Intan

Bangunan bersejarah ini yang terletak di Teluk Intan, Perak, Malaysia telah dibina pada tahun 1882, bangunan ini dahulunya dikenali sebagai Central Station bagi daerah Hilir Perak. Pada asalnya bangunan ini digunakan sebagai pusat kutipan cukai dan pejabat kastam. Kemudian pada zaman pentadbiran Residen British Sir Hugh Low, bangunan ini kemudiannya diubah fungsinya kepada balai polis. Dikawasan sekitar balai polis inilah terletaknya perkampungan dikenali sebagai Teluk Anson sebagai tanda penghargaan kepada Major General Sir Archibald Edward Harbord Anson, Leftenan Gabenor Pulau Pinang yang merangka pelan pembinaan bandar ini. Struktur dan senireka bangunan balai polis ini sinonim dengan gaya era Kolonial British dengan elemen tempatan turut diserapkan dalam pembinaannya. Bangunan bersejarah ini berfungsi sebagai pusat tahanan oleh pihak pentadbiran British untuk sesiapa yang didapati bersalah atas pelbagai jenayah. Sewaktu zaman pendudukan Jepun, balai polis ini turut digunakan sebagai pusat penyeksaan oleh pihak Polis Tentera Empayar Jepun atau lebih dikenali sebagai Kempeitai.[1]

References[edit]

  1. BIDIN, AIN SAFRE; BIDIN, AIN SAFRE (2021-09-30). "Balai polis 100 tahun terbiar". Utusan Malaysia (in Bahasa Melayu). Retrieved 2022-08-06.


This article "Balai Polis Lama Teluk Intan" is from Wikipedia. The list of its authors can be seen in its historical and/or the page Edithistory:Balai Polis Lama Teluk Intan. Articles copied from Draft Namespace on Wikipedia could be seen on the Draft Namespace of Wikipedia and not main one.