Suhaimi Mohamed
Script error: No such module "AfC submission catcheck".
Suhaimi Mohamed (Lahir 6 Januari 1971) merupakan seorang aktivis yang bergerak secara tersendiri melalui beberapa organisasi dan NGO yang beliau sertai (samada secara langsung melalui penubuhan awal atau disertai melalui cadangan).
Kehidupan awal dan pendidikan[edit]
Beliau yang dilahirkan di Kg Hiliran Parit Gali, Kuala Terengganu pada 06 Januari 1971 dan bersekolah di Sekolah Menengah Sri Mersing (kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing) yang merupakan sekolah harian biasa. Beliau seterusnya meneruskan pelajaran di Matrikulasi USM (di Sekolah SOKSEKj sebelum memasuki Matrikulasi II di Kampus USM Minden. Seterusnya beliau terpilih untuk melanjutkan pelajaran di bidang Sains Komputer (minor Pengurusan) di Kampus Induk Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang dan menerima ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (dgn kepujian) pada 1995. Semasa dalam pengajian, belau juga aktif dalam Pasukan Latipan Pegawai Simpanan (PALAPES / ROTU) dan telah berjaya menamatkan latihan dan menerima watikah sebagai Leftenan Muda pada tahun 1994 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Seterusnya beliau berkhidmat di bawah Platun Askar Wataniah (PLAW) Batu Uban, Pulau Pinang sehingga 1996.
Kerjaya[edit]
Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang Juruanlisa Sistem (System Analyst) pada bulan Julai 1995 di Southern Steel Berhad, Seberang Prai Pulau Pinang sebelum ditawarkan untuk menerajui pengurusan IT di cawangan baru SSB di Menggatal Sabah (Southern Kiong Seng Sdn Bhd). Oleh kerana mempunyai komitmen dan perancangan lain, beliau telah tidak menerima tawaran tersebut dan kemudiannya mengundurkan diri daripada syarikat tersebut (resigned). Seterusnya beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan pada bulan Jun 1996 telah menyertai syarikat BSN Information Technology Services Sdn Bhd (BiTS) sebagai System Analyst. BiTS merupakan anak syarikat BSN Commercial Bank Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Bank Buruh (M) Berhad dan telah diambilalih oleh Bank Simpanan Nasional (BSN)). Beliau kemudiannya telah dipromosikan ke jawatan 'Systems & Database Administrator' dan menyelenggara operasi pelayan dan pangkalan data bank. Setelah beberapa lama berkecimpung dalam urusan sistem dan pangkalan data, beliau telah bersedia untuk beralih kepada sub-bidang IT yang lebih menarik dan mencabar. Pada bulan Januari 1998 beliau telah menerima tawaran sebagai 'Systems Engineer' di Celcom (M) Sdn Bhd dan dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara rangkaian data (data communication network) bawah Department 'Shared Infrastructure'. Beliau ditempatkan di Ibu Pejabat Teknikal Celcom di tingkat 30 The Mall.Pada pertengahan tahun 1999 belaiu telah terlibat dengan migrasi sistem dan rangkaian ke pejabat baru di bangunan MHS Petaling Jaya, Selangor Di sini beliau terlibat lebih intensif dengan pelbagai teknologi komunikasi data dan menyelenggara rangkaian di semua cawangan celcom di seluruh negara.
References[edit]
This article "Suhaimi Mohamed" is from Wikipedia. The list of its authors can be seen in its historical and/or the page Edithistory:Suhaimi Mohamed. Articles copied from Draft Namespace on Wikipedia could be seen on the Draft Namespace of Wikipedia and not main one.