You can edit almost every page by Creating an account. Otherwise, see the FAQ.

Dato' Mohd Rosli Bin Ramli

From EverybodyWiki Bios & Wiki

Script error: No such module "Draft topics". Script error: No such module "AfC topic".

Timbalan Presiden BERJASA
Dato Mohd Rosli bin Ramli

Dato' Mohd Rosli bin Ramli merupakan seorang aktivis politik dan sosial. Beliau merupakan mantan Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang telah berkhidmat dan berpengalaman luas dalam pentadbiran negara. Beliau merupakan Timbalan Presiden Parti BERJASA Malaysia yang dilantik pada Ogos 2022 menggantikan pemangku, Tn Hj Abd Samad Ashaari.

Latar Belakang[edit]

Dato Mohd Rosli dilahirkan di Kedah pada 17 Oktober 1958. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Asmahan Zaidon dan dikurniakan 8 orang cahaya mata.

Pendidikan[edit]

Pengalaman Kerjaya[edit]

Dato' Rosli mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran negara. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan antaranya :

  • Timbalan Pengarah Bahagian Penyertaan Bumiputera, ICU, JPM[1]
  • Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
  • Pengarah Bahagian Susun Semula Masyarakat, ICU, JPM
  • Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Negeri Johor
  • Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengangkutan
  • Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM
  • Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan, Negeri Selangor[2]
  • Pengerusi Majlis Perundingan Belia, Negeri Selangor[3]
  • Majlis Penasihat Lembaga Pertubuhan Peladang
  • Mantan Pengerusi Studio Kembara
  • Ahli Mesyuarat Menteri-Menteri Besar/ Ketua Menteri

Penglibatan dalam Masyarakat[edit]

Dato Mohd Rosli giat terlibat secara serius dalam aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan.

  • Beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bubblebee
  • Beliau merupakan mantan Pengerusi Yayasan Ikhlas
  • Mantan Mejar (kehormat) Askar Wataniah
  • Pengerusi Koperasi Keluarga Embon Ramli

Penglibatan Politik dan Pilihanraya[edit]

Dato' Rosli mula terlibat secara aktif dalam politik pada tahun 2020. Dato Rosli menyertai Parti BERJASA Malaysia pada tahun 2020 dan kemudian dilantik menjadi Timbalan Presiden pada Ogos 2022. Beliau merupakan calon parlimen di P125 Putrajaya sebagai calon Gerakan Tanah Air (GTA) dengan menggunakan tiket Parti Pejuang. Beliau dilantik Ahli Majlis Tertinggi Gerakan Tanah Air. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Penyelaras GTA di Wilayah Persekutuan.

References[edit]

  1. "Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri".
  2. Selangor, Pentadbir JBS (22 December 2020). "RAKAN MUDA DAY OUT - DATO' MOHD ROSLI RAMLI RASMI PROGRAM". Portal Rasmi JBSN (in Bahasa Melayu). Retrieved 2022-11-03.
  3. "@kbsmalaysia". Twitter. Retrieved 2022-11-03.
  1. https://www.intanbk.intan.my/iportal/ms/
  2. https://www.icu.gov.my/


This article "Dato' Mohd Rosli Bin Ramli" is from Wikipedia. The list of its authors can be seen in its historical and/or the page Edithistory:Dato' Mohd Rosli Bin Ramli. Articles copied from Draft Namespace on Wikipedia could be seen on the Draft Namespace of Wikipedia and not main one.